TAPAH: Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis, kata Presiden Persatuan Sahabat Penjara Malaysia, Tan Sri Azman Hashim.
Beliau berkata, masyarakat tidak seharusnya terus menghukum bekas banduan kerana ramai dalam kalangan mereka sudah pulih dan mahu kembali ke kehidupan asal.
Menurutnya, sikap orang ramai yang berterusan menghukum bekas banduan juga menyebabkan sebilangan daripada mereka sukar berubah malah ada yang terjerumus semula ke tabiat lama.
"Mereka sudah pun menerima hukuman setimpal, jadi masyarakat harus beri peluang kedua kerana penjara bukanlah penamat kepada segala impian. Setiap daripada mereka harus berusaha ke arah kebaikan dan masyarakat pula menerima mereka kembali," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program Karnival Sukan Penghuni Peringkat Jabatan Penjara Malaysia 2023 di Penjara Tapah, di sini, pada Khamis.
Program tahunan itu yang berlangsung empat hari berakhir hari ini, menghimpunkan 500 penghuni daripada 21 intitusi penjara di Semenanjung Malaysia bersama 250 pegawai penjara, dengan Perak sebagai tuan rumah.
Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah sepak raga bulat, sepak takraw, bola jaring, karom, congkak, tarik tali dan gusti lengan.
Turut hadir Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Datuk Abdul Aziz Abd Razak, Pengarah Pengurusan Banduan Ajidin Salleh dan Pengarah Penjara Negeri Perak, Charin Promwitchit Cem.
Sementara itu, Azman berkata, menjadi keutamaan pihaknya untuk terus menyokong agenda dan program yang dianjurkan Jabatan Penjara Malaysia agar visi serta misi jabatan dapat dicapai bertepatan dengan objektif penubuhan persatuan.
"Persatuan amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan agensi berkaitan menjayakan program ini yang berguna bagi kepentingan banduan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis, kata Presiden Persatuan Sahabat Penjara Malaysia, Tan Sri Azman Hashim. - Gambar fail/BERNAMA
Kes Zulfarhan: Lima bekas penuntut UPNM tarik balik rayuan
Semua mereka kekal dipenjara kerana berdepan dengan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun bagi tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.
iOS 17.5, Android 6 ke atas kini boleh banteras penyalahgunaan penjejak objek
Google telah memperkenalkan ciri ini sejak Julai tahun lepas, t i
Kastam tumpas cubaan seludup daging anak babi lebih RM1 juta
JKDM Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup daging anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu.
Tentera Israel 'banjiri' utara, selatan Gaza tingkatkan serangan
Ratusan ribu orang kini terpaksa melarikan diri, walaupun kira-kira separuh daripada penduduk Gaza dijanjikan perlindungan di situ selepas Israel mengarahkan pemindahan dari utara Gaza pada Oktober lalu.
Arab Saudi komited bantu jemaah haji melalui teknologi
Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam satu kenyataan berkata mereka komited meningkatkan rancangannya bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi jemaah melaksanakan ibadah haji melalui teknologi, dan pendigitalan perkhidmatan.
Rumah panjang kini lalui arus revolusi kemodenan
Sebut sahaja rumah panjang, pasti ramai yang membayangkan rumah tradisi etnik Sarawak yang diperbuat daripada kayu dan dekorasi. Namun revolusi kemodenan kini sudah mengubah landskap rumah panjang.
Kesihatan mental tanpa rawatan undang peningkatan kes terjun jambatan di Kelantan
Masalah kesihatan mental rakyat Kelantan yang dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya akan menimbulkan pelbagai permasalahan termasuk kemurungan serius.
Anwar bertemu Ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengadakan pertemuan dengan ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar.
Menerusi hantaran facebook beliau, Anwar yang diiringi pemimpin Hamas, Khalded Mashal menazhirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
Menerusi hantaran facebook beliau, Anwar yang diiringi pemimpin Hamas, Khalded Mashal menazhirkan ucapan takziah atas pemergian ahli keluarga Ismail yang terkorban dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
Misi menjadikan WP Labuan destinasi pelancongan
Kaya dengan sumber alam yang indah dah masih belum diterokai, kaindahan landskap WP Labuan diketengahkan melalui pelbagai inisiatif ke arah mewujudkan destinasi pelancongan utama negara.
Isu gaji tidak masuk akal jurutera tempatan perlu diatasi
Dalam pada itu, beliau mengatakan, jurang gaji yang begitu ketara antara jurutera yang bekerja di syarikat tempatan dan antarabangsa, perlu diatasi dengan baik.
Ini kerana beliau mendakwa, terdapat segelintir majikan yang memberi gaji yang terlalu rendah dan tidak masuk akal, dengan yang paling rendah bernilai RM1,500.
Ini kerana beliau mendakwa, terdapat segelintir majikan yang memberi gaji yang terlalu rendah dan tidak masuk akal, dengan yang paling rendah bernilai RM1,500.
Kikis persepsi negatif, beri peluang bekas banduan kembali pada masyarakat
Persepsi bahawa bekas banduan sebagai penjenayah untuk selama-lamanya dan tidak boleh kembali ke pangkuan masyarakat perlu dikikis.